Shilaz Restaurant and Catering
Serving since November 2017
Verified
0
Jobs completed
0.0
Ratings
0
Reviews

About

Kami memulakan perniagaan katering pada tahun 2011 secara kecil-kecilan di rumah kami di Ampang. Setelah berada didalam pasaran dan mendapat sambutan yang menggalakan,  perniagaan katering kami telah didaftarkan sebagai peniagaan tunggal di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kami namakanya sebagai Shilaz Trading and Management Services (STMS). Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas di sektor-sektor awam dan syarikat-sarikat Korporat. STMS bukan sahaja mengendalikan perniagaan katering tetapi juga berbagai jenis aktiviti perniagaan seperti pengurusan,  juru runding,  trading dan penyewaan peralatan. STMS beralamat di Taman Equine,  Seri Kembangan.


Kami sedar pentingnya pengkhususan. Lantaran itu pada 1hb April 2017 aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan penyediaan makanan telah dipindahkan ke satu perniagaan tunggal yang didaftarkan di bawah SSM dengan nama Shilaz Restaurant and Catering (SRC) .  keseluruhan kakitangan termasuk chef dan peralatan katering telah di pindahkan ke Bandar Baru Nilai dimana kini SRC berada.


Pemilik tunggal perniagaan ini ialah En.  Arazmi Yusof. Beliau bukan sahaja berpengalaman di dalam bidang perniagaan katering tetapi juga di bidang akademik,  perbankan dan perundingan perniagaan. Beliau dibantu oleh anaknya En.  Muhammad Izzat Bin Arazmi sebagai Pengurus Lapangan dan lain-lain staff di perbagai peringkat dan beberapa orang chef yang amat terlatih serta berdisiplin.


Semua kakitangan kami adalah pekerja tempatan dan beragama Islam. Kami amat menitikberatkan bukan sahaja makanan kami halal tetapi keseluruhan operasinya berjalan mengikut shariah sebagai satu cara hidup Islam. Justuru itu tiada keraguan mengenai kehalalan makanan begitu juga kebersihanya.

Services

SRC mengkhusus dalam bidang yang berkaitan dengan penyediaan makanan. Ini termasuk penyediaan makanan untuk majlis-majlis seperti berikut:


Majlis perkahwinan

Majlis nikah

Majlis tunang

Majlis kenduri kendara

Majlis sambutan hari jadi

Majlis rumah terbuka Hari Raya,  CNY,  Krismas dan Depavali serta perayaan-perayaan lain.

Majlis berbuka puasa

Majlis-majlis korporat

Dan banyak lagi.


SRC berkebolehan bukan sahaja dalam penyediaan makanan melayu tetapi juga masakan barat,  Indian,  Chinese dan lain-lain lagi.


SRC berkepakaran dalam masakan seperti:


Berbagai jenis nasi berempah seperti beriani,  nasi arab dan juga lauk-lauk yang berkaitan dengan masakan ini seperti masakan:


Lauk daging/kambing kuzi

Lauk daging/kambing beriani

Lauk daging dendeng

Lauk daging/kambing varuval

lauk daging/kambing kurma

Dan banyak lagi.


Semua jenis makanan berpanggang (BBQ) seperti kambing golek,  ayam golek, makanan laut dan semua jenis masakan yang memerlukan panggangan serta lauk-lauk sampinganya seperti:

Salads (ulaman)

Sos lada hitam Shilaz

Coslow

Mesh potato

Kentang goreng



Berbagai jenis masakan lauk tradisional kampung seperti masak lemak nenas dan ikan talang,  masak lemak daging salai,  gulai kari kampung, gulai kawah,  tempoyak daun,  berbagai jenus sambal goreng dan lain-lain lagi.


Penyediaan berbagai kuih tradisional etnik melayu,  india dan cina.

Achievements

Sepanjang penglibatan kami dalam perniagaan katering yang bermula dari tahun 2011 hingga sekarang, kami telah melalui beberapa fasa perubahan.


Kami memulakan perniagaan dari rumah dengan hanya menggunakan dapur dan peralatan rumah serta kenderaan kegunaan keluarga.


Kini kami telah menyewa dua buah kedai di Nilai, Negeri Sembilan untuk menempatkan dapur dan menyimpan peralatan sajian,  peralatan dapur dan juga khemah'-khemah serta kerusi meja kami.


Kami juga kini telah mempunyai sebuah van,  lori 3 tan dan kereta kegunaan pejabat. 


Kapasiti perkhidmatan kini boleh menjangkau 3 majlis kahwin sehari dengan bilangan tetamu melebehi 6000 tetamu.  Jangkaun operasi kami sekarang ialah sepanjang kawasan yang betjejari 100 km dari base kami di Bandar Baru Nilai.


Kami telah memberi dan melaksanakan lebih dari 1200 pelanggan persendirian dari mula kami memulakan perniaggan. 


Manakala pelanggan korporat pula telah menjangkau ratusan bilanganya.  Diantara yang 10 yang terkini ialah:


Surau Ar-Rahman sepanjang bulan Ramadhan 2017.

Surau At-Taqwa TTDI Damansara

Pejabat Pedidikan Negeri Negeri Sembilan

Universiti Sains Islam melalui persatuan-persatuan pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

KLCC Project

Frezer & Nerve

KLIA college

Tanah Rata International College

Australian International School


Majlis pengurusan kami mempunyai visi untuk menjadikan SRC satu wadah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat kami BERTERUSAN MAJU BERSAMA.


Visi ini akan dicapai melalui tiga teras utama iltizam kami iaitu Inovasi, Interaksi dan Integrasi (3I) secara berterusan dalam membawa misi memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami.


Perkhidmatan cemerlang yang kami maksudkan ialah:


1.  Makanan kami sentiasa bersih,  halal dan sedap.

2.  Makanan kami di hantar tepat pada waktu.

3.  Makanan kami sentiasa bernutrisi dan cukup.

4.  Mampu milik dengan harga berpatutan.

5.  Staff kami sentiasa mesra pelanggan.


Kami percaya kelima-lima diatas berserta rangkuman iltizam berterusan 3I akan dapat membawa semua yang terlibat akan maju bersama.

Photos

Services

View all
Catering
+1 more

Ratings & reviews

5
4
3
2
1
0.0
0 ratings

Show all 0 reviews
kaodim thumb

Like this vendor?

Book this vendor by sending a private request

Enjoy these perks when you privately book a vendor

Coverage by FREE Kaodim Insurance
Get a re-service or your money back if unsatisfactory
Lowest price guaranteed
Connect to other vendors if this vendor does not respond
Terms & conditions apply
kaodim thumb

Download the app, and stay connected to our vendors through secure chat and private calls

kaodim playstorekaodim appstore

Related services

Catering