Syarikat Mahligai Qaseh Canopy & Services merupakan sebuah syarikat sepenuhnya milik bumiputera Islam dan diuruskan oleh dua orang pemilik bersaudara. Lokasi syarikat terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi jenis arabian dan pelbagai peralatan yang berkaitan dengan sebarang majlis dan acara bagi orang perseorangan, pemilik kedai, syarikat, tadika, sekolah, kolej dan universiti, pihak NGO serta agensi swasta dan kerajaan untuk majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keramaian seperti rumah terbuka, perasmian, hari keluarga dan seumpama dengannya.
Selain itu, pihak syarikat juga menyediakan perkhidmatan logistik dan pengangkutan melalui penyewaan lori dan pikap bagi tujuan urusan memindah barangan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, pindah rumah atau pejabat dan sebagainya.
Mahligai Qaseh Canopy & Services berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Kami berusaha untuk memastikan bahawa setiap acara dan majlis akan berjaya dan menepati citarasa pelanggan.