FIDZCOMM GLOBAL TRADING adalah syarikat 100% milik penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada 26hb Ogos 2010. Syarikat ini mula bergerak secara aktif dan giat menjalankan kerja-kerja pembinaan & kejuruteraan.
Mula mengorak langkah dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan dan mencuci bangunan,mengangkat sampah,memotong rumput,mengecat,mengubah suai rumah dan membekal barangan perabot.
FIDZCOMM GLOBAL TRADING telah melantik tenaga pengurusan dan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman bagi memantapkan sistem kerja syarikat. Ini bagi memastikan syarikat sentiasa berdaya saing dan mampu menyediakan perkhidmatan terbaik disamping memberikan mutu kerja yang dikehendaki.
Matlamat utama syarikat FIDZCOMM GLOBAL TRADING adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang dikenali kerana kredibiliti dan hasil kerjanya. Seterusnya menjadikan syarikat pilihan nombor 1 di kalangan umum.
1.PENYELENGGARAAN SERTA KERJA-KERJA MENCUCI DAN MEMBERSIH
Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan pembersihan, mencuci dan mengangkat sampah sama ada di dalam atau di luar.
2.PENYELENGGARAAN, PEMBERSIHAN SERTA PENGINDAHAN TAMAN DAN BANDAR.
Menjalankan kerja-kerja pengindahan di kawasan-kawasan perumahan, taman permainan dan pusat rekreasi yang meliputi kerja-kerja membuat "INTERLOCKING" atau tempat pejalan kaki, memotong rumput .
3.PENGECATAN.
Menjalankan kerja-kerja mengecat dinding,pintu ceiling,railing,pintu pagar dan bumbung.