Afd Unggul Transport merupakan sebuah syarikat pengangkutan dan penghantaran barangan dikenali sebagai "Lori Sewa" yang beroperasi sejak tahun 2015.
Walaupon syarikat kami masih baru ditubuhkan, kemahiran dan kepakaran kami dalam perkhidmatan pemindahan barang tidak dapat dinafikan dan setaraf dengan syarikat professional lain.
Afd Unggul Transport bukan hanya tertumpu pada pemindahan barangan rumah, tetapi juga termasuk pemindahan barangan pejabat, kedai, stor, peti besi, piano, binatang ternakan, dan pelbagai lagi. Untuk pemindahan rumah, kami juga menyediakan perkhidmatan buka & pasang perabot, wrap & unwrap, box & unbox.