9 Idea DIY Kreatif Ini Dapat Elakkan Anda Belanja Besar Dan Bazirkan Wang

Hidup pada zaman serba mahal sekarang ini, kita mesti kena bijak dan rajin untuk berjimat. Dengan sedikit usaha, kita pasti dapat hasilkan sesuatu tanpa perlu berbelanja besar, terutamanya dalam bab dekorasi rumah. Kalau asyik nak beli perabot di kedai, lama kelamaan duit pun akan habis.

Jadi apa kata kita serlahkan kreativiti dengan menghasilkan dekorasi DIY yang cantik dan murah untuk beri sentuhan segar kepada rumah. Jom lihat 9 senarai di bawah:

1. Book stopper

Kredit: weibo

Gunakan penahan buku atau book stopper untuk jadikan rak buku tergantung di dinding rumah. Ia seolah-olah memberi ilusi “buku terbang” yang sangat cantik dan awesome! Paling penting, buku mesti tersusun rapi dan kemas.

2. Kayu pallet

Kredit: myakmovers

Kayu pallet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Apa kata gunakan kayu pallet sebagai set kerusi dan meja di ruang tamu. Set ini sesuai digunakan di dalam dan luar rumah. Penggunaan bantal kecil boleh dijadikan sebagai penyeri dan membuatkan set kerusi ini kelihatan lebih eksklusif.

3. Bata dan kayu pallet

Kredit: maikonagao

Gabungan bata dan kayu pallet menghasilkan gaya yang unik pada rekaan rak TV. Lebih menarik lagi apabila bakul yang berwarna seakan-akan sama dengan pallet meja dipadankan bersama. Tak perlu lagi beli rak TV mahal di kedai.

4. Cat dan masking tape

Kredit: Puan Aida Kama / Facebook
Kredit: Puan Aida Kama / Facebook
Kredit: Puan Aida Kama / Facebook

Siapa sangka dua bahan ini boleh memberi nafas baru yang segar kepada dinding rumah. Tampal masking tape mengikut bentuk yang kita suka, kemudian cat dinding dengan kombinasi warna pelbagai untuk menghasilkan dinding yang sangat cantik.

5. Jam dinding mewah

Kredit: Nurfatin Liyana Mohd Noor / Facebook

 

Kredit: Nurfatin Liyana Mohd Noor / Facebook

Dengan kreativiti, jam RM5 pun boleh nampak mahal dan mewah. Hanya gunakan chopstick, garpu plastik, dan manik untuk menaikkan nilai estetika sesebuah jam. Ucapkan selamat tinggal kepada jam overpriced.

 6. Penutup tingkap

Kredit: homedit

Penutup tingkap atau window shutter boleh dijadikan sebagai tempat letak surat atau lain-lain barang peribadi. Daripada biarkan bersepah atau letak di atas meja, barang peribadi akan jadi lebih teratur jika digantung pada penutup tingkap yang diletakkan di dalam rumah. Simple!

7. Tayar terpakai

DIY rumah

Macam-macam jenis DIY yang kita boleh hasilkan dengan tayar. Salah satu contoh paling menarik ialah kerusi santai di ruang tamu. Lihat saja pada gambar di atas. Nampak selesa betul kerusi tayar DIY ini kan? Cantik pula tu!

8. Bekas telur

Kredit: sini.com.my

Siapa kata bekas telur perlu dibuang setelah tidak digunakan? Kalau simpan banyak-banyak, boleh hasilkan kerusi hipster tau! Jimat duit nak beli satu kerusi.

9. Kerusi kayu

Kredit: alldaychic

Kerusi tak semestinya untuk duduk. Dengan sentuhan kreativiti, siapa sangka ia juga boleh dijadikan sebagai penggantung baju dan tempat letak barang. Dapat kegunaan 2 in 1 sekali gus. Semestinya menjimatkan ruang dan wang.

Sekiranya anda memerlukan kontraktor, kami mempunyai profesional yang boleh membantu! Dapatkan sebut harga percuma di Kaodim. 


ditulis oleh Farouq Johari


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *