7 Bahan DIY Paling Berkesan Untuk Bersihkan Kotoran Pada Dinding

Kredit: Best Cleaning Guru

“Dinding, oh dinding, sekali kau dah kotor, susah betul nak bersihkan.”

Mungkin inilah bunyi keluhan anda setiap kali dinding rumah anda kotor atau dikotorkan. Mana tidaknya, bukan senang nak jaga dinding dan nak pastikan ia bersih sepanjang masa. Bila dah kotor, memang payah nak bersihkan. Mungkin juga kotoran itu takkan hilang buat selama-lamanya.

Tapi jangan risau. Sebenarnya ada beberapa bahan yang anda boleh gunakan yang mungkin boleh membantu menghilangkan kotoran pada dinding. Dengan bahan dan cara yang betul, kotoran pasti akan hilang dan dinding akan bersih! Jom lihat senarai di bawah:

1. Bersih dengan Baking soda

Kredit: Serious Eats

Dinding kotor dengan lukisan kanak-kanak? Jangan bimbang. Baking soda ada kuasa ajaib untuk menghilangkannya. Hanya ambil kain lembap, celupkan sedikit baking soda ke atasnya, dan sentalkan pada bahagian kotoran. Kotoran pasti akan hilang dengan sedikit sentalan yang padu.

2. Ubat gigi dan berus gigi

Kredit: Surf And Smiles

Ambil ubat gigi putih (bukan gel) dan kain buruk atau lebih baik lagi – berus gigi lama. Picitkan sedikit ubat gigi pada bahagian dinding yang kotor dan mula gosok dengan berus gigi. Bulu yang halus pada berus gigi memang sangat efektif dalam menanggalkan kotoran degil pada dinding. Kemudian, bilas dinding dengan air.

3. WD-40

Kredit: DIY Projects

WD-40 memang cukup terkenal dalam menghilangkan calar atau kotoran. Semburkan saja WD-40 ke atas kotoran dan lapkan dengan kain bersih. WD-40 tidak akan merosakkan cat atau kebanyakan wallpaper. Selain dinding, WD-40 juga boleh menghilangkan kotoran pada perabot dan peralatan lain. Bahan ini sangat versatile!

4. Mayonis

Kredit: Skinny Mixers

Siapa sangka mayonis mempunyai kuasa untuk menanggalkan kotoran degil. Cara menggunakannya pun sangat mudah! Sapukan saja sejumlah mayonis ke atas kesan kotoran pada dinding dan biarkan ia menyerap selama beberapa minit. Kemudian lap dengan kain sehingga bersih.

5. Pemadam pensel

Kredit: Geekazos

Cuba try “padamkan” kotoran pada dinding menggunakan pemadam pensel dan lihat sendiri hasilnya. Anda pasti terkejut dengan keberkesanan alat ini. Yang penting, kena rajin sental!

6. Berus dawai

Kredit: Vegan Flowerbox

Gunakan berus dawai dengan cermat, letakkan sedikit sabun dan gosokkan pada kotoran dalam satu arah. Elakkan membuat pergerakan bulatan dan atas bawah bagi mengelakkan dinding daripada rosak. Dalam sekelip mata, kotoran akan hilang dan dinding akan nampak baru bak kanvas.

7. Cuka

Cuka perlu di-combine-kan bersama berus gigi lama bagi memberi kesan maksimum. Celupkan berus gigi ke dalam cuka dan gosokkan pada kotoran di dinding. Kemudian bilas dinding dengan air. Hasilnya pasti memuaskan! Cara ini turut berkesan untuk menanggalkan kotoran degil pada pakaian.

Hubungi pakar pembersih dari Kaodim untuk membantu anda di rumah.


ditulis oleh Farouq Johari


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *