Jangan Buat 5 Perkara Ini Jika Paip Di Rumah Kita Tersumbat

 

plumbing rosak
Kredit: Hunker

Ini adalah salah satu perkara paling menggelikan boleh terjadi dalam kehidupan seharian kita. Paip tersumbat sememangnya satu mimpi ngeri dan lebih menyeramkan bila kita perlu atasinya sendiri.

Tapi, sebelum kita mula panik, apa kata tarik nafas dan baca dulu artikel ini sampai habis. Kita mungkin akan jadi hero pada masa akan datang! Baca di bawah:

Jangan tuang apa-apa cecair kimia ke dalam paip

 

plumbing issues
Kredit: Youtube

Label di botol mungkin ada mengatakan cecair yang digunakan itu tidak akan merosakkan paip. Tapi, perkara sebaliknya adalah lebih kerap berlaku. Bukan setakat merosakkan paip, cecair kimia juga mampu mematahkan paip kerana kekuatannya bahan di dalamnya. Cecair kimia juga tidak mesra alam dan boleh menyebabkan pencemaran.

Ingat, serahkan pada yang pakar apabila berkaitan bahan kimia.

Flush takkan membantu apa-apa

 

toilet-flushing
Kredit: Mother Nature Network

Mungkin kita fikir flush dapat membantu melancarkan peredaran air pada paip tersumbat. Tapi realitinya, ia tidak membantu apa-apa langsung dan hanya pembaziran air yang berlaku. Lebih buruk, sisa terkumpul dalam paip tersumbat ditambah pula dengan tekanan air dari flush sebenarnya boleh mengakibatkan paip pecah. Jadi, lebih baik elakkan. Jika anda memerlukan perkhidmatan tukang paip:

tempah-sekarang

Jangan pandai-pandai DIY sendiri guna plumbing snake

 

drain-cleaner-and-drain-opener-buying-guide-hero
Kredit: Lowes

Ada macam-macam jenis plumbing snakes dan tak semuanya sesuai digunakan untuk paip tersumbat. Kalau salah guna, paip akan rosak dan pecah. Lebih tragis jika anggota badan kita terluka kerana terkena bahagian tajam. Mengakulah, kita ni bukannya pakar. Silap buat, paip tersumbat akan jadi lebih teruk.

Guna alatan lain pun is a no no

 

plumbing
Kredit: DIY Network

Sedangkan pakai plumbing snakes tak boleh, apatah lagi alatan lain yang tak ada kena mengena dengan plumbing. Niat kita memang baik iaitu untuk selesaikan masalah paip tersumbat yang telah mengganggu hidup kita. Tapi kalau alat yang digunakan pun dah salah, masalah tetap tak akan selesai. Paip juga boleh rosak dan patah.

Jangan tuang cuka ke dalam paip

 

How-to-Naturally-Clean-a-Clogged-Drain-4
Kredit: Bren Did

Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar ni: cuka dicampur dengan air panas adalah penawar yang paling common atau paling lazim dalam merawat masalah paip tersumbat. Well, sebenarnya perkara itu tidak betul. Cuka boleh mengakibatkan paip untuk berkarat dengan lebih cepat daripada biasa.

Jadi, sebelum lakukan apa-apa, lebih elok kalau kita nilai dulu apa masalah sebenar dan apa langkah terbaik yang harus kita lakukan bagi menyelesaikan masalah paip tersumbat. Daripada pandai-pandai buat macam-macam, lebih baik serahkan segalanya kepada yang pakar.

Hubungi tukang paip Kaodim dan beritahu situasi sebenar, kemudian KAODIM akan menghantar beberapa sebut harga untuk servis mereka. Ingat, mereka adalah pakar yang pasti membantu menyelesaikan masalah. Kaodim menyediakan hanya yang terbaik untuk para pelanggan.


ditulis oleh Farouq Johari


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *